Sunday, December 18

semoga berkekalan..

___sesungguhnya nikmat besar yang harus dijaga adalah ketika kebaikan itu memenuhi jiwa dan membahagiakan hati___

jgn hancurkan perasaan sy k..

Saturday, December 10

Maaf lagi??


Kalaulah kumpulan S Club 7 pun boleh pecah-belah,inikan pulak kumpulan yang entah pape.. tak de function pun just sekadar untuk teman  antara satu sama lain sementara impian masing-masing tercapai.. yea, semua orang pun nak berjaya dalam hidup mereka tapi orang yang disekeliling pun jangan lupa, jangan sesekali diabaikan. Kau ingatlah bila kau ada pape masalah orang-orang yang disekeliling kau nilah yang akan tolong kau nanti. Kalau diorang ada wat pape salah bagitau la, mungkin diorang tak sedar pe yang mereka buat. Mungkin jugak bagi mereka benda yang dibuat tu adalah benda betul, kalu tak bagitau macam mana orang nak tahu benda tu salah. Kalau setakat nak tunjuk muka protes kau tu, aku pun boleh buat la weyy! Macam la aku boleh baca muka kau tengah cakap apa. Blahh laa kau….



Kau tak teringin ke kalau kita rapat,macam dulu? Kau tak rasa ke yang kita  makin kuat  bila kita bersama. Hm perasannya aku kalu aku je yang rasa macam tu hooo____. Eh aku teringin sangat nak tahu, kau pernah tak tanya diri kau tentang pe yang orang fiikir terhadap kau? Kau tak rasa ke yang kau tu teruk? Kau rasa aku ni banyak menyusahkan kau tak? Hahaa mesti aku selalu susahkan kau kan, maklumlah semua benda yang aku buat kan kau kene ikut. Banyak la kau, aku rasa aku tak pernah pun suruh kau buat pape untuk aku. Kadang-kadang aku sanggup berlapar daripada aku kirim kat kau. Baru je aku tanya kau nak pergi makan kat mana, awal-awal lagi kau da cakap tak nak.. tak nak pe?? Aku tanya tak semestinya nak kirim la NGOKK!! 



Dulu kau da mntak maaf dengan aku. Aku pun da mintak maaf dengan kau. Ok semua da balik macam biasa. Tapi da lame lepas tu kenapa kau ungkit lagi? Kau cakap macam la aku ni ada buat salah besar. Aku yang tak nak ikut kau, yang kau nak marah-marah aku ni  kenapa? Siap ungkit bagai lagi. Da kau yang tensen sangat masa tu, nape lak nak lepas kat aku. Nak cari tempat mengadu pun agak-agak la. Sape-sape pun okey je kalau kau cakap elok-elok bukannya dengan tengking bab* kau tu.. bengap la kalau aku still lagi nak terhegeh-hegeh dengan kau lepas kau buat camtu.



Kalau kau orang nak marah sebab aku tulis kasar camni, marah la…da memang aku yang tulis. Tak yah la nak tertipu dengan aku yang tak banyak cakap ni. Yela, aku kan suka makan dalam. Kau tak tahu eh? bukan ke kau yang jadi penyokong sifat aku. Buat macam-macam perangai supaya aku sabar dengan kau. Alaa macam la kalau aku bantah cakap kau tu aku boleh menang.. aku bukannya PANDAI macam kau. Lain la kau, adk-beradik semua da berjaya.  Mak ayah pun orang yang terpelajar bukan macam aku.. da la budak kampung, kuno…tak hdup mewah. Tapi tak pe la, at least aku tahu menghargai dan faham macam mane kehidupan orang yang ta bernasib baik. Aku bukan kedekut, bukan tak nak bercampur dengan kau. Tapi aku tahu diri aku, aku tahu nafsu aku. Kau ingat bez ke, bila kau hanya tengok je orang lain makan sedap-sedap disebabkan kau tak mampu beli? Aku bukan nak mintak smpati kau, aku cuma nak kau faham keadaan aku.



Bukan nak kata aku ni perfect sangat , aku tahu aku pun teruk jugak. Kau tak yah cakap la aku ni perasan diri aku bagus sebab da ramai yang cakap aku macam tu. Aku da tak heran la. Bukan soal siapa yang bagus tapi ada something yang kau patut tahu tentang diri kau dan aku gak sebagai seorang pelakon yang berjaya. Bagitahu la aku kalau ada yang kau tak puas hati dengan aku. 




p/s :  maaf,  kalau  aku  buat  kau  menyampah  dengan  aku..


Thursday, October 27

You took my heart away..

Staring at the moon so blue
Turning all my thoughts to you
I was without hopes or dreams
I tried to dull an inner scream but
you saw me through

Walking on a path of air
See your faces everywhere
As you melt this heart of stone
you take my hand to guide me home and now
I'm in love 

You took my heart away
when my whole world was gray
You gave me everything
and a little bit more
And when it's cold at night
and you sleep by my side
you become the meaning of my life

Living in a world so cold
you are there to warm my soul
You came to mend a broken heart
You gave my life a brand new start and now
I'm in love

Holding your hand
I won't fear tomorrow
Here were we stand
we'll never be alone

~~ thanks ada untuk sy, syg awk..




Wednesday, October 5

penAt

bila x thu pape pkembangan kau, rasa serba salah sebab langsung tak ambik tahu. bukan apa, bla aku tahu pape aku rasa pedih,. tak tahu kenapa.. tapi aku happy sbb aku tahu kau sihat, kau tetap baik macam dulu walaupunn aku tak de pun dgn kau. tak pe kan? sebab dia akan jaga kau lebih baik dari aku jaga kau..

aku penat, bila aku thu aku tak mampu nak tolong kau. aku penat bila aku jd stalker setia kau. aku penat bila aku asyik terfikir kan kau. aku penat bila hati aku suruh contact kau. aku penat bila mereka tanya aku pasal kau. aku penat bla aku tanya mereka pasal kau. aku penat bila aku tak layak jadi kawan baik kau. aku sangat penat bila aku kuatkan hati untuk jauh dgn kau. aku tersangat penat bila aku rindu kau. aku sangat-sangat penat bila aku tahu kau masih pedulikan aku, masih sayang aku. aku tersangat-sangat penat bila aku tahu aku masih sayangkan kau dan aku sangat perlukan kau. Dan paling penat bila aku tak tahu tindakan aku tu betul ataupun tak..sebab aku tak tahu ape yang aku perlu buat.


aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau sebab aku sayang kau, sangat-sangat...
~syariefah syamiera

Saturday, October 1

fine


Kadang-kala menulis lbih menyenangkan drpd menaip dan begitu juga sebaliknya. Semuanya sama je, penuh kepura-puraan.. menyusun kata sebelum menulis/menaip semata-mata untuk menghaslkan madah kata.. bla ada silapnya, boleh terus ‘liquid’… paling tak pn org yang baca tu tahu penulis ada wat writing error.. hahaa tapi klu yang typing lak, mane ada org tahu die de silap taip ke pe… hmm bila orang baca,, WOWW!! Pandai dia susun ayat, padahal ayat yang die baca tu da banyak kali tapis dlm fikiran, lepas susun…susun lagi konon tak nak ada yang terasa.  Yea tu aku..hahaa ngett!!

Hipokrit?? Lantak la.. bila ckp depan2, aku baru je bukak mulut die da buat muke.. ape ke hal? Ok… fine, bahasa aku sinis..  tapi masa kau cakap, aku dengar je walaupun masa tu juz melawak..erm botol ke melawak? Tak pe..tak pe.. kau pun da selalu terasa dgn aku kan.. adil la tu.

Botol la kata2 tu lebih tajam n berbisa drpd mata pedang. Boleh ‘bunuh n hdupkan’ org. sebab tu lebih baik diam je dr bkata2. Mana tahu kata2 yg nak diucapkan tu dsalah tafsirkan, tak ke parah…. silapnya aku asyik melawan, saja nak tunjukkan kebodohan diri sendiri,,, sucker! Membodohkan diri lagi, tak serik2..

Makin banyak benda yang sesak kat otak maksudnya makin banyak la  benda yang ditapis.. then hasilnya, sikit je perkataan yang terlakar. Bila baca balik, huh…….ntah pape.


Bila da tak mampu nak tulis n typing, air mata je yang mampu kuar sbb dia da tak tahan lagi nak pendam.

Thursday, September 22

m

normal. normal utk aku jd begini bila aku langsung tak tahu apa yg da jd dgn kau. aku minta maaf. aku sayang kau. jgn buat aku mcm ni, bukan aku tak nak tahu sal kau tp masa aku nak tanya semua tu, aku terfikir ...... aku tak nak jadi busy body. aku tak nak sibuk2 sal orang lain. tak nak sibuk2 sal kau. tapi aku tak mampu, aku nak sangat tahu pe sebenya yg da kau lalui.. yea, aku sedar kau ada mereka semua di sisi kau, tapi kadang2 aku pun nak jugak kongsi dgn kau.. tolong, aku nak kita macam dulu, sebelum kita bawa haluan masing2. 

aku tahu kau pun ada banyak benda kan yg nak gtau aku. aku pun ada banyak benda nak gitau kau.. hari tu kau ckp nk cerita kat aku bila kita cuti, tapi kenapa kita tak jumpa pun mase tu, aku rindu kau.. aku nak peluk kau.. tak sabar nak jumpa kau. aku tunggu je bila ada cuti, aku htung hari bla nak jumpa kau tapi bila tba je harinya kau tak ada pun. kau tak datng pun jumpa ku dan aku pun tak pegi cari kau. teruknya aku. 

aku nak tido, aku nak jumpa kau. harap sangat dapat jumpa kau walaupun hanya dalam mimpi aku.



awk, saya  da hilang die ke? die tak kan tinggalkan saya kan??

Sunday, May 29

Hepy bday!!


kek abah

Dua tiga hari lepas, abah ada cakap yang dia nak makan kek untuk birthday dia… almaklumlah, tak pernah pun sambut sebelum ni(seingat aku la).. hehee sory abah.. so petang ahad tu, pe lagi aku n ana merempit jap ke jerteh cari kek untuk abah tapi simple jela… huhuu tak mampu la..

Kiteorang just beli kek blackforest jela sebiji n air lak, ayie da bland siap2 buah tembikai tu haha minum jus la katakan.. saja suka2 hehe.. abah pun tak keje malam tu so boleh la kumpul lama-lama sikit malam tu..  abah nampak hepy je, hikhik bagus la.. tapi maafla abah xde hadiah lorhh sbb tak planning pun dengan dieorang huhu.. lain kali k abah..

Selamat hari lahir yang ke-55 abah… semoga ALLAH sentiasa melindungi dan merahmati abah… Aminnn..

hepy bday abah!!!

p/s : e sayang abah.. luv u!!

Wednesday, May 18

Hari ke-4


Huhuu da masuk hari ke 4 pun still lagi suara aku tak ok.. setelah dipaksa makan ubat oleh si dia pada hari ke dua, baru la aku makan dengan susah payah nye.. hoho kalau tak mesti aku kene bertarung lagi dengan cik asma, hurm baiknye cik asma, dia ada je bila aku teman aku bila aku batuk.. sampaikan aku nak tidur malam pun terganggu ceshh…  heeee tapi sekarang aku da makin ok walaupun suara masih lagi senget2 hahaaa anyway thanks sayang paksa saya makan ubat hehe… (yerrkk gelii~~)

p/s : hehe thanks awk…

Sunday, May 8

Tenanglah disana..



Putih, kenapa tak tunggu aku? Kejap je aku minta kau tunggu aku.. aku tahu aku da lama tak balik, da lama tak jumpa kau kan.. aku minta maaf aku tak sempat jumpa kau semalam… kenapa kau da pergi dulu? Langsung tak nak tunggu aku.. kau da tak suke aku ke? Da tak sayang aku? Kalau kau sayang mesti kau da tunggu aku kan…. Aku rindu sangat-sangat dengan kau. Tapi kau da tak de.. kau da tinggalkan aku kenapa kau pergi cepat sangat? Adik kau da pregnant, tapi kau tak sempat la nak tengok kan.. sekali lagi aku mintak maaf k.. aku sayang kau sangat2. Semoga kau tenang kat sana.. 

aku mintak maaf


hurmm


tenang la disana

 

Thursday, May 5

petang ni??

hehee.. jap lagi kiteorang nak keluar sama2.. hehe xsabar  dan tertanya2 apa yang akan berlaku nanti.. harapnya, semuanya akan ok aje sampai la balik.. please control yourself, don't spoil ur mood k tulip..

p/s : tolong jangan salah faham k, aku pn sedar aku xlayak semua tu..

Saturday, April 30

Dia...kAU

kalau tanya sesiapa pun, semua orang nak teman istimewa yang setia.. malah kawan pun nak yang setia gak.. tapi tengok la diri sendiri tu dulu.. patut ke kita dapat insan yang setia kalau dri sendiri pun curang tak tentu pasal.. jangan harap la kau akan dapat yang setia.

kau da ada pakwe/makwe, hargai lah.. syukurlah kau, ada orang yang sedar kau tu wujud kat dunia ni.. apa pun yang terjadi antara korang please......jangan lupakan orang disekelilig kau... kau masih ada kawan yang sedia ada dengan kau, sedia bantu kau masa kau perlu.. masa kau happy ke sedih ke.. tapi da lumrahkan, jarang sangat orang yang happy ni ingat kat kawan yang selama ni banyak membantu dia.. jangan macam tu, xelok la. dia tetap terasa sekalipun dia tak pernah cakap pape sal semua tu.. alert la sikit keadaan sekaliling tu.. 


seelok-eloknya, apa2 yang berlaku perlu sentasa dikongsi bersama.. jangan jadikan jauh tu sebagai alasan untuk kau semakin jauh dengan kawan kau.. kalau dengan pakwe/makwe kau, boleh pulak kau contact  kan tak kanla dengan kawan tak  leh pulak sedang kan sebelum ni bukan main lagi bercerita sakan..  PERSAHABATAN kene jaga sepanjang masa..

sebagai pakwe/makwe pulak, kau jangan la kongkong sangat pasangan tu, beri la si dia masa untuk bersama dengan kawan mereka sekali-sekala.. kau kan da selalu mesej die, call dia, date dengan dia, jumpa dia.. then masa ni la kau kene balas semua yang dia da korban utk kau dengan cara, tanya dia tentang kawan2 dia, bagi nasihat kat dia kalau dia ada masalah dengan kawanya,.. guna la kuasa kau tu sebagai pakwe/makwe untuk tolong dia. ingtkan juga si dia agar jangan sesekali lupakan kawan rapat dia.. semua penting untuk si dia.. berikan yang terbaik untuk si dia.

masa korang happy n bahagia dengan teman masing2, berdoa la agar korang sentiasa dilindungi drpd benda yang xelok tu.. semoga hubungan korang kekal selamanya..


bila da putus, END.... maksudnya, sudah la tu kacau dia lagi, biarkan dia mencari kebahagiaan yang lain yang sepatutnya dia dapat..teruskan hidup kau.. ramai lagi orang yang sedang tunggu kau... sedang mencari kau,.. MUNGKIN~~ kita x tahu kan, mana latahu dalam diam2 ada orang sedang intip kita.. jadi diri sendiri k, biar si dia cair dengan diri kita yang sebenar.. hehee.. masa tu baru la kau akan berterimakasih sangat dengan si 'ex' sebab korang break dulu.. kalau korang tak break mungkin kau da xde peluang untuk jumpa si dia yang baru kan... memang la semua tu Dia yang aturkan tapi jangan lupa Dia memberi seperti mana yang kita usaha..

walaubagaimana pun, bukan salah kau kalau kau masih ingat si dia walapun da beratus tahun korang break.. tu semua normal bagi manusia untuk lupakan benda yang menyakitkan hati mereka.. nak ingat pun berpada-pada la.. apa guna kau ingat dia kalau masa tu dia tengah enjoy dengan orang lain.. kau je yang lebih-lebih sorang diri... aku tahu apa rasa nya, aku pun pernah rasa la.. satu cara nak lepaskan dia, banyak2 berdoa supaya redakan perasaan tu antara korang, minta agar tiada dendam antara korang, mintak agar dia jumpa yang terbaik.. memang la rasa sayang sangat nak lepas semua tu.. tapi tu la bukti kau sayang dia.. selagi kau ingat dia, selagi tu la dia terseksa....pandai2 la kau fikir..

p/s :  aku sayang kau, cari la aku bila kau rasa perlu....

Saturday, April 23

jgn la cm ni...

kenape ni e?? study la sikit.. sikit je... orang lan semua da stdy pn.. ko je yang belum lagi.. macam ne la nak score kalau ko  xstdy...

cepat cari mood....cari semangat....stdy smart k..

p/s : sy syg awk.. aku pn syg kau m..

Tuesday, April 12

(~__~) hurmm

aku kagum dengan apa yang kau dapat, walaupun aku sangat jeles dengan kau.. kau memang terbaik, dan ALLAH sangat menyayangimu, sungguh aku sangat-sangat jeles.. ALLAH telah mempermudahkan semua urusanmu, bagus la dengan tu kau tak perlu lagi hidup susah seperti aku..

nasib kau telah berubah lebih baik, jauh lebih baik dari dulu kan? aku masih lagi ditakuk yang lama, yea... aku sedar pasal tu.. aku pun tak tahu sampai bila aku akan terus begini,  dengan cara hidup ku yang dulu.. untung mak ayahh kau kan, masa kau masih belajar lagi kau  da dapat tanggung mereka dengan duit kau..dengan elaun kau, and mungkin nanti kau akn dapat biasiswa kan.. semoga kau berjaya.. hurm adik laki kau dapat macam2 jenis biasiswa, lebih dari cukup untuk tampung diri sendiri dan mak ayah, adik perempuan kau pulak on the way dapat telekom kan... dan yang bongsu dapat jadi anak angkat tentera.. bagus... semua da menjamin masa depan.. 

nak dibandingkan denagn aku, apa la yang aku ada, ijazah pun tak dapat lagi.... kalu dapat pun belum tentu lagi aku akan dapat pekerjaan yang bagus.. teruknya aku, hanya fikir nak berseronok je.. hanya fikir nak kaya nak berjaya nak tanggung umi dan abah tapi aku langsung tak usaha.. aku langsung tak study.. sampai bila aku nak jadi macam ni.. tungguuu je.. kenapa la aku tak ada self confident yang tinggi macam kau hah?? aku langsung tak boleh berdikari.. lemahnya aku.. 

memang patut pun kalau ALLAH marah aku, sebab aku langsung tak guna sebaik mungkin nikmat yang Dia beri pada aku.. mana yang aku patut mulakan dulu, mana yang aku patut baiki dulu.. terlalu banyak kelemahan yang aku mesti ubah.. da banyak kali aku sedar tentang tu tapi kenapa la aku masi tak ubah-ubah lag ni??? tolong la aku.. aku nak berubah.. aku pun nakjugak dapat apa-apa yang aku nak..
da banyak dosa yang aku buat, aku sedar semua tu.. tapi kuatnya godaan iblis tu... aku kalah... kalah disebabkan iman aku yang cuma senipis kulit bawang, yang bisa koyak bila-bila masa je.. bukan aku tak fikir pasal umi dan abah, aku selalu fikir tentang mereka, tapi aku fikir je...tanpa usaha.. hampeh betul aku kan... kesian mereka, kerja keras untuk tanggung aku tapi aku senang-senang je habiskan duit.. keluar sana kaluar sini... langsung tak control diri.. 

ya ALLAH, betapa busuknya hati aku.. salalu cemburu dengan dia.. tolong la hapuskanla perasaan tu semua, dia berhak dapat apa yang dia ada sekarang.. dia da banyak berusaha.. aku selalu minta dengan diri aku, supaya berubah, berubah la kalau betul aku nak tolong umi dan abah.. tapi kenapa sampai sekarang pun aku still tak berubah.. hati aku da hitam sangat ke??

yea.. aku sentiasa yakin ada ganjaran yang ALLAH janjikan atas apa yang aku lakukan... walaupun kadang-kadang aku rasa macam aku tak pernah dapat pun ganjaran tu, ta pela.... mungkin aku tak perasan akan ganjaran yang ALLAH beri untuk aku..

Uji la aku sedaya yang aku mampu, kukuhkan la iman aku agar aku sedar siapa aku di sisiMu.. sungguh aku sangat tak terdaya dengan semua ni.

p/s : teman,, bimbing la aku.. kuatkan semangat aku (~__~)