Monday, February 11

Al-Fatihah



Pergilah kasih
Pergilah cinta
Semoga tenang di sana, mengadap yang Maha Kuasa.

Betol.. ada hikmah disebalik tiap2 kejadian. Tak jadi join dieorang pegi Vietnam, mampu lihat n dengar pengalaman dieorang je.. Tak apa, ada rezeki nanti sampai la sana, lambat atau pun cepat.
Habis sem, terus balik ke umah, terkejut.. Betol ke apa yang ada depan aku? Tak bermaya. Terbaring lemah. Muka makin cengkung, badan makin susut. Kenapa tak bagitahu aku? Kata madam, nak tunggu aku habis exam baru nak bagitahu. Madam tak nak aku risau, dan tu pun atas permintaan big bos sendiri. Patut la masa call hari tu suara big bos serak.. madam pun tak banyak bercerita, tak ceria macam selalu..

Then pegi buat check up kat Hospital Besut, x-ray, ambik sample darah dan ntah pape lagi. Kata madam sebelum ni pun selalu je ambik sample darah, tapi tak dapat detect pape pun. Tak de penyakit pun, normal je. Result x-ray keluar, jumpa dengan Dr Solihin(not so sure about the name). My first impression, bagus doctor ni pakai songkok, lembut tutur kata. Okey, then Dr ambik x-ray tu, katenye big bos ada batu karang - besar jugak, paru-paru ada masalah-berair and some other things, langsung die tak cakap pasal tumor. Doctor kate big bos stabil(sebab tu kot die tak nak tahan big bos kat hospital). Stabil ke?? 

Balik kat umah, saje je nak tengok x-ray tu dengan mata kepala sendiri. Pastu baca kad and kertas2 yang ada tu.. benda2 tu semua kene bawa masa nak pegi check up kat Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Tak tau la aku salah baca ke ape.. Ada perkataan tumor kat kertas tu. Bukan ke tumor tu cell yang akan menyebabkan terjadinye kanser, dengan kata lain adik kepada kanser(ntah, aku bukan budak medic).  Aikk dah tu boleh pulak Dr tu cakap big bos tak ada masalah, stabil. Wak lu!!

Seminggu lepas tu big bos kene tahan kat wad hospital besar KT selama 2 hari(stil lagi ambik sample darah and buat CT scan) – masa nurse ambik sample darah, big bos cakap tangan die sakit, da kematu sebab selalu sangat ambik darah kat tempat sama, kau bayangkan kau tengok ayah kau terlantar, sakit, tapi tak leh buat pape. Kemudian tahu lah aku, big bos kene kanser prostat, and still doctor kate STABIL. Sebab stabil la kot kene hantar balik ke Hospital Besut,. Keadaan makin lemah. Langsung tak boleh makan pape. Yea, masih stabill.. Sampai satu masa, doktor panggil madam dan aku sebab nak terangkan keadaan big bos. Kate doktor, kalau big bos da tak bernafas, doktor da tak boleh buat pape, sebab tak nak seksa big bos lagipun kat situ tak ada mesin elektrik untuk bagi jantung big bos berfungsi balik. Maksudnya memang da tak ada harapan untuk hidup, hanya ‘tunggu masa’ dan berserah kot2 ada keajaiban untuk kanser tu hilang(prostate cancer, stage 4).

Tepat 9.45, 9 February 2013, jasad terbujur dipembaringan, seluruh tubuh akan menggigil, sekujur badan kan kedinginan. Seisi alam meratapi pemergianya, seisi alam menyaksikannya. Semoga Allah tempatkan big bos dalam kalangan orang yang soleh. 

Perginya tiada ganti lalu meninggalkan sendu di lubuk hati.
Al-Fatihah.

Sunday, May 13

Dammm

macam mane la nak tahu orang tu tengah sedh ke marah ke happy... da la jarang2 JUMPE...  pastu masa kau ada masalah pun kau bukanny cari aku pun.. tak kan la setiap saat ak kene tanya kau , kau ok ke tak..

alah kalau aku tanya pun, bukannya kau nk bagitahu pun..bukan masanye konon.. s****!!
tak yah la espek aku nk faham kau kalau kau sendiri tak perlukn aku.

kau ada masalah pun , ada kau cari ak... kau akan cari aku bile orang yang kau nak jumpa tu tak ada, ngah date.. masa tu baru la kau tahu nak cari aku kan...  

ble kawan kau da ada, bilik/no fon aku, baru kau kenal... f****!!

ok, semoga kau bahagia dengan kawan kau.. kau sunyi nanti cari la aku :)

Wednesday, March 21

aku?

die menangis lagi. td die diam je. aku xsuke keadaan tu. ak pun diam, agak terganggu dgn keadaan die. ak bukan kawan yang baik untuk die. die xnak kongsi dgn aku. apa yang aku perlu buat? talk to me walaupun aku hanya mendengar, aku xnak kau mcm ni. aku xsuke. kau kene ikut cakap aku. mcm yang kakak cakap, semua orang kene ikut ckap aku. ikut kepala aku. kau x faham2 lagi ke?

Saturday, January 14

oh hati!!

tabahlah hati, ujian datang sekadar untuk menguji.

doakan yang terbaik agar mereka menyenangkanmu.






tolong format memory aku...

Sunday, December 18

semoga berkekalan..

___sesungguhnya nikmat besar yang harus dijaga adalah ketika kebaikan itu memenuhi jiwa dan membahagiakan hati___

jgn hancurkan perasaan sy k..

Saturday, December 10

Maaf lagi??


Kalaulah kumpulan S Club 7 pun boleh pecah-belah,inikan pulak kumpulan yang entah pape.. tak de function pun just sekadar untuk teman  antara satu sama lain sementara impian masing-masing tercapai.. yea, semua orang pun nak berjaya dalam hidup mereka tapi orang yang disekeliling pun jangan lupa, jangan sesekali diabaikan. Kau ingatlah bila kau ada pape masalah orang-orang yang disekeliling kau nilah yang akan tolong kau nanti. Kalau diorang ada wat pape salah bagitau la, mungkin diorang tak sedar pe yang mereka buat. Mungkin jugak bagi mereka benda yang dibuat tu adalah benda betul, kalu tak bagitau macam mana orang nak tahu benda tu salah. Kalau setakat nak tunjuk muka protes kau tu, aku pun boleh buat la weyy! Macam la aku boleh baca muka kau tengah cakap apa. Blahh laa kau….



Kau tak teringin ke kalau kita rapat,macam dulu? Kau tak rasa ke yang kita  makin kuat  bila kita bersama. Hm perasannya aku kalu aku je yang rasa macam tu hooo____. Eh aku teringin sangat nak tahu, kau pernah tak tanya diri kau tentang pe yang orang fiikir terhadap kau? Kau tak rasa ke yang kau tu teruk? Kau rasa aku ni banyak menyusahkan kau tak? Hahaa mesti aku selalu susahkan kau kan, maklumlah semua benda yang aku buat kan kau kene ikut. Banyak la kau, aku rasa aku tak pernah pun suruh kau buat pape untuk aku. Kadang-kadang aku sanggup berlapar daripada aku kirim kat kau. Baru je aku tanya kau nak pergi makan kat mana, awal-awal lagi kau da cakap tak nak.. tak nak pe?? Aku tanya tak semestinya nak kirim la NGOKK!! 



Dulu kau da mntak maaf dengan aku. Aku pun da mintak maaf dengan kau. Ok semua da balik macam biasa. Tapi da lame lepas tu kenapa kau ungkit lagi? Kau cakap macam la aku ni ada buat salah besar. Aku yang tak nak ikut kau, yang kau nak marah-marah aku ni  kenapa? Siap ungkit bagai lagi. Da kau yang tensen sangat masa tu, nape lak nak lepas kat aku. Nak cari tempat mengadu pun agak-agak la. Sape-sape pun okey je kalau kau cakap elok-elok bukannya dengan tengking bab* kau tu.. bengap la kalau aku still lagi nak terhegeh-hegeh dengan kau lepas kau buat camtu.



Kalau kau orang nak marah sebab aku tulis kasar camni, marah la…da memang aku yang tulis. Tak yah la nak tertipu dengan aku yang tak banyak cakap ni. Yela, aku kan suka makan dalam. Kau tak tahu eh? bukan ke kau yang jadi penyokong sifat aku. Buat macam-macam perangai supaya aku sabar dengan kau. Alaa macam la kalau aku bantah cakap kau tu aku boleh menang.. aku bukannya PANDAI macam kau. Lain la kau, adk-beradik semua da berjaya.  Mak ayah pun orang yang terpelajar bukan macam aku.. da la budak kampung, kuno…tak hdup mewah. Tapi tak pe la, at least aku tahu menghargai dan faham macam mane kehidupan orang yang ta bernasib baik. Aku bukan kedekut, bukan tak nak bercampur dengan kau. Tapi aku tahu diri aku, aku tahu nafsu aku. Kau ingat bez ke, bila kau hanya tengok je orang lain makan sedap-sedap disebabkan kau tak mampu beli? Aku bukan nak mintak smpati kau, aku cuma nak kau faham keadaan aku.



Bukan nak kata aku ni perfect sangat , aku tahu aku pun teruk jugak. Kau tak yah cakap la aku ni perasan diri aku bagus sebab da ramai yang cakap aku macam tu. Aku da tak heran la. Bukan soal siapa yang bagus tapi ada something yang kau patut tahu tentang diri kau dan aku gak sebagai seorang pelakon yang berjaya. Bagitahu la aku kalau ada yang kau tak puas hati dengan aku. 




p/s :  maaf,  kalau  aku  buat  kau  menyampah  dengan  aku..


Thursday, October 27

You took my heart away..

Staring at the moon so blue
Turning all my thoughts to you
I was without hopes or dreams
I tried to dull an inner scream but
you saw me through

Walking on a path of air
See your faces everywhere
As you melt this heart of stone
you take my hand to guide me home and now
I'm in love 

You took my heart away
when my whole world was gray
You gave me everything
and a little bit more
And when it's cold at night
and you sleep by my side
you become the meaning of my life

Living in a world so cold
you are there to warm my soul
You came to mend a broken heart
You gave my life a brand new start and now
I'm in love

Holding your hand
I won't fear tomorrow
Here were we stand
we'll never be alone

~~ thanks ada untuk sy, syg awk..




Wednesday, October 5

penAt

bila x thu pape pkembangan kau, rasa serba salah sebab langsung tak ambik tahu. bukan apa, bla aku tahu pape aku rasa pedih,. tak tahu kenapa.. tapi aku happy sbb aku tahu kau sihat, kau tetap baik macam dulu walaupunn aku tak de pun dgn kau. tak pe kan? sebab dia akan jaga kau lebih baik dari aku jaga kau..

aku penat, bila aku thu aku tak mampu nak tolong kau. aku penat bila aku jd stalker setia kau. aku penat bila aku asyik terfikir kan kau. aku penat bila hati aku suruh contact kau. aku penat bila mereka tanya aku pasal kau. aku penat bla aku tanya mereka pasal kau. aku penat bila aku tak layak jadi kawan baik kau. aku sangat penat bila aku kuatkan hati untuk jauh dgn kau. aku tersangat penat bila aku rindu kau. aku sangat-sangat penat bila aku tahu kau masih pedulikan aku, masih sayang aku. aku tersangat-sangat penat bila aku tahu aku masih sayangkan kau dan aku sangat perlukan kau. Dan paling penat bila aku tak tahu tindakan aku tu betul ataupun tak..sebab aku tak tahu ape yang aku perlu buat.


aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau sebab aku sayang kau, sangat-sangat...
~syariefah syamiera

Saturday, October 1

fine


Kadang-kala menulis lbih menyenangkan drpd menaip dan begitu juga sebaliknya. Semuanya sama je, penuh kepura-puraan.. menyusun kata sebelum menulis/menaip semata-mata untuk menghaslkan madah kata.. bla ada silapnya, boleh terus ‘liquid’… paling tak pn org yang baca tu tahu penulis ada wat writing error.. hahaa tapi klu yang typing lak, mane ada org tahu die de silap taip ke pe… hmm bila orang baca,, WOWW!! Pandai dia susun ayat, padahal ayat yang die baca tu da banyak kali tapis dlm fikiran, lepas susun…susun lagi konon tak nak ada yang terasa.  Yea tu aku..hahaa ngett!!

Hipokrit?? Lantak la.. bila ckp depan2, aku baru je bukak mulut die da buat muke.. ape ke hal? Ok… fine, bahasa aku sinis..  tapi masa kau cakap, aku dengar je walaupun masa tu juz melawak..erm botol ke melawak? Tak pe..tak pe.. kau pun da selalu terasa dgn aku kan.. adil la tu.

Botol la kata2 tu lebih tajam n berbisa drpd mata pedang. Boleh ‘bunuh n hdupkan’ org. sebab tu lebih baik diam je dr bkata2. Mana tahu kata2 yg nak diucapkan tu dsalah tafsirkan, tak ke parah…. silapnya aku asyik melawan, saja nak tunjukkan kebodohan diri sendiri,,, sucker! Membodohkan diri lagi, tak serik2..

Makin banyak benda yang sesak kat otak maksudnya makin banyak la  benda yang ditapis.. then hasilnya, sikit je perkataan yang terlakar. Bila baca balik, huh…….ntah pape.


Bila da tak mampu nak tulis n typing, air mata je yang mampu kuar sbb dia da tak tahan lagi nak pendam.

Thursday, September 22

m

normal. normal utk aku jd begini bila aku langsung tak tahu apa yg da jd dgn kau. aku minta maaf. aku sayang kau. jgn buat aku mcm ni, bukan aku tak nak tahu sal kau tp masa aku nak tanya semua tu, aku terfikir ...... aku tak nak jadi busy body. aku tak nak sibuk2 sal orang lain. tak nak sibuk2 sal kau. tapi aku tak mampu, aku nak sangat tahu pe sebenya yg da kau lalui.. yea, aku sedar kau ada mereka semua di sisi kau, tapi kadang2 aku pun nak jugak kongsi dgn kau.. tolong, aku nak kita macam dulu, sebelum kita bawa haluan masing2. 

aku tahu kau pun ada banyak benda kan yg nak gtau aku. aku pun ada banyak benda nak gitau kau.. hari tu kau ckp nk cerita kat aku bila kita cuti, tapi kenapa kita tak jumpa pun mase tu, aku rindu kau.. aku nak peluk kau.. tak sabar nak jumpa kau. aku tunggu je bila ada cuti, aku htung hari bla nak jumpa kau tapi bila tba je harinya kau tak ada pun. kau tak datng pun jumpa ku dan aku pun tak pegi cari kau. teruknya aku. 

aku nak tido, aku nak jumpa kau. harap sangat dapat jumpa kau walaupun hanya dalam mimpi aku.



awk, saya  da hilang die ke? die tak kan tinggalkan saya kan??

Sunday, May 29

Hepy bday!!


kek abah

Dua tiga hari lepas, abah ada cakap yang dia nak makan kek untuk birthday dia… almaklumlah, tak pernah pun sambut sebelum ni(seingat aku la).. hehee sory abah.. so petang ahad tu, pe lagi aku n ana merempit jap ke jerteh cari kek untuk abah tapi simple jela… huhuu tak mampu la..

Kiteorang just beli kek blackforest jela sebiji n air lak, ayie da bland siap2 buah tembikai tu haha minum jus la katakan.. saja suka2 hehe.. abah pun tak keje malam tu so boleh la kumpul lama-lama sikit malam tu..  abah nampak hepy je, hikhik bagus la.. tapi maafla abah xde hadiah lorhh sbb tak planning pun dengan dieorang huhu.. lain kali k abah..

Selamat hari lahir yang ke-55 abah… semoga ALLAH sentiasa melindungi dan merahmati abah… Aminnn..

hepy bday abah!!!

p/s : e sayang abah.. luv u!!

Wednesday, May 18

Hari ke-4


Huhuu da masuk hari ke 4 pun still lagi suara aku tak ok.. setelah dipaksa makan ubat oleh si dia pada hari ke dua, baru la aku makan dengan susah payah nye.. hoho kalau tak mesti aku kene bertarung lagi dengan cik asma, hurm baiknye cik asma, dia ada je bila aku teman aku bila aku batuk.. sampaikan aku nak tidur malam pun terganggu ceshh…  heeee tapi sekarang aku da makin ok walaupun suara masih lagi senget2 hahaaa anyway thanks sayang paksa saya makan ubat hehe… (yerrkk gelii~~)

p/s : hehe thanks awk…